Followers

Monday, January 10, 2011

Mengapa Kita Bekerja????

"Kita Perlu Mensasarkan lebih daripada apa yang kita kehendaki 
bagi mencapai apa yang kita kehendaki"
                                                  -Ralph Waldo Emerson

Orait..Entry kali ni aku nak share pasal satu bab yang aku baca dalam Buku "Makan Gaji Tetapi Kaya". Buku tu ditulis oleh En. Shamsuddin Kadir.... 
Pernah tak kita terfikir kenapa kita bekerja...???Kalau pernah bagus la....tp ade antara kita yang tak pernah terfikir pun kenapa diorang bekerja...So....Hari ni aku nak kongsikan beberapa jawapan yang disenaraikan dalam buku ni....

1- Kos Sara Hidup 

Perkara asas kenapa seseorang perlu bekerja adalah mendapatkan wang bagi menampung kos sara hidup. Tanpa wang, bagaimana seseorang pekerja hendak memenuhi keperluan asasnya seperti makanan, pakaian dan temapt tinggal. Itu beum masuk keperluan yan lain. Kos sara hidup semakin meningkat apabila tanggungannya meningkat terutama selepas berumah tangga dan kehadiran cahaya mata. Segala keperluan dapat dipenuhi dengan menggunakan wang gaji yang diterima pada hujung bulan. Matlamat kita bekerja adalah bagi menanggung perbelanjaan harian.  

2- Memenuhi Impian 

Disamping memenuhi keperlua asas, kita juga menyimpan seribu impian. Impian itu hanya dapat dicapai dengan adanya wang. Semua orang ingin tinggal di rumah dan memandu kereta lebih besar dan selamat. Dengan bekerja, kita memperoleh wang bagi membeli barangan.

3- Membuat Simpanan
Kita perlu meyimpan bagi bekalan semasa kecemasan . Wang gaji yang disimpan juga perlu dilaburkan supaya menjadi bertambah banyak. Semakin banyak wang yang kita miliki semakin mudah kita mencapai impian dan dapat hidup senang..

4- Menambah Pengalaman

Sekiranya kita adalah graduan universiti, kita tidak ada sebarang pengalaman selagi tidak bekerja. Segala teori yan dipelajari semasa di universiti dpat membantu kita menguasai pelbagai kemahiran sekiranya dipraktikkan. Kemahiran ini yang dikatakan sebagai pengalaman. 

5- Kerjaya Hidup 

Tanpa memasuki alam pekerjaan, kita tidak mampu meningkatkan kerjaya hidup. Bagi mencapai kenikmatan dan kepuasan menjawat jawatan yang tinggi bukannya kita dapat lakukan dalam satu hari. Ia memerlukan kita cekal bagi menghadapi segala risiko dan politik yang ada dalam sesebuah organisasi. 
6- Lumrah Manusia 

Ape pun, tidak kira apa sebab seorang itu bekerja, hampir semuanya bekerja keran wang. Itu sahaja cara yang setiap pekerja nampak bagi mendapatkan wang.  Korang plak cam ner?? Ade ke sebab alin korang bekerja yang tak tersenarai kat sini??

Anyway..sebenarnya...ade banyak lagi buku motivasi atas meja aku nih...tapi tak habis bace lagi..nanti kalau ade lagi artikel yang menarik..aku sharekan untuk korang bace yer...Chow....




1 comment:

  1. saya nak guna article ni boleh x? sebagai kegunaan sekolah. kalau boleh sila emel saya article ini pada maisarahabdrazak@ymail.com . Jasa saudari dikenang selalu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...