Followers

Tuesday, January 11, 2011

Melihat Diri Sendiri Dengan Lebih Dekat

Peribahasa :Kuman di sebarang Laut nampak, gajah di hadapan mata tidak nampak" adalah peribahasa yang memang luar biasa. Memang sudah menjadi sifat manusia cenderung membandingkan perkara yan dilihat disekelilingnya dengan diri mereka sendiri 
Bagaimana pula dengan golongan wanita??? 

 Dalam surah Al-Hujurat, ayat 11, Allah menyatakan : 
"Wahai orang yang beriman, janganlah suatu puak daripada kaum perempuan memcemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan jangan kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Sebutan nama fasik selepas beriman adalah buruk. Sesiapa yang tidak bertaubat adalah orang yang zalim" 

Allah Maha mengetahui. Dalam ayat ini, dijelaskan wanita cenderung mencemuh orang lain. Secara tidak langsung, ayat ini juga mengajak kaum perempuan supaya menilai diri sendiri terlebih dahulu. Ini supaya mereka tahu kualiti diri mereka yang sebenarnya sebelum merasa lebih baik daripada orang lain. 

Kemuliaan akhlak Rasulullah diakui bukan hanya pada sahabat-sahabatnya malah musuh-musuh. bagaiman pula dengan kita? Pernahkah kita meluangkan sedikit waktu bagi mendengar dengan teliti sehingga kita tahu angapan orang lain mengenai diri kita?? 

"Apabila tuhan sendiri tidak menghakimi seseorang itu 
sehinggalah hari kiamat, maka kenapa pula 
awak atau saya patut berbuat begitu?"
                                                         -Sumber : Imejku..Caraku...Gayaku...
                                                                                              Oleh- Asma Nadia 
                                


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...