Followers

Tuesday, May 8, 2012

Jalan Alternatif Sungai Koyan ke Cameron Highlands

Okeyh...dah kebetulan koi baru  baru balik dari Cameron ni..Koi nak berkongsi sikit la tentang Jalan Alternatif ke Cameron Highland ni...As semua orang tahu..kebanyakkan orang nak pegi Cameron Highlands akan lalu ikut Tapah, Perak...Tapi macam mane plak dengan orang Pahang or Orang Terengganu...Sedangkan Cameron tu dalam nergeri Pahang tapi kene cross negeri lain dulu then baru boleh naik Cameron...So..Berita baik untuk semua orang...Sekarang dah ade laluan Alternatif...tak ramai yang tahu Jalan ni..Dengar cerita Jalan ni masih belum diwartakan..Tak Tahu la betul ke idaknyer...Jalannye besar dan tak sempit..Condition Jalan keseluruhanan boleh la bagi 7/10...

So....Entry kali ni kau nak bagi Guide kat korang supaya mudah dapat cari Jalan Alternatif ni...:)

Dari LPT (Lebuh Raya Pantai Timur) 
Masuk Exit Tol Bentong / Bentong Timur - Lalu Bandar Bentong -Terus Menghala ke Raub - Masuk Bandar Raub - Ambil Jalan Alternatif ke Kota Bahru (Sebelah Kiri)  - Teruskan perjalanan melalui Felda Felda Tersang & Sungai Koyan - Masuk simpang Pos Betau (sebelah Kiri) - Teruskan pendakian sehingga Jumpa Simpang 3 di (tapah/Tanah Rata - U all ambil ke kanan untuk ke Tanah Rata - Teruskan memandu sehingga sampai Cameron Highlands....:)

Ini Peta nye supaya korang boleh nampak sikit..

Ini Signboard Pos Betau...Korang masuk Jalan ni la kat Sungai Koyan tu...(Sori Gambar Tak berape clear)

MUDAH KAN??????

Pemanduan dengan kelajuan biasa (80/90 k/j)  mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja dari Exit Tol Bentong...!!! Okeyh...Kepada semua yang akan mencuba Jalan Ini..Selamat Jalan dan Selamat Melwat Cameron Highlands...Jangan Lupa cuba Brokoli Goreng Tepung yer ka atas sane...Sedap...!!!

3 comments:

  1. dari KL saya ambil masa tak sampai 3 jam utk sampai ke cameron melalui laluan ni ... jarak perjalanan pun dlm 200km jer...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat ini. saya berpandukan blog ini untuk ke c.highland tapi saya dari cherating. perjalanan memang sangat
    best. cuma jalan dari tol mempagar ke raub agak sempit. selepas melepasi raub, jalan sangat cantik dan menarik.sebagai panduan
    pembaca blog ini tempoh masa dari simpang pos betau ke ringlet >< 1jam 30minit ( kelajuan 80-90kmj). Pemandangan lebih menarik
    daripada jalan simpang pulai c.highlang. Cuma yang penting pastikan tangki minyak penuh sebelum melalui jalan ini. dan cuba elakkan
    melalui jalan ini pada waktu malam(bagi yang pertama kali melaluinya).apa-apa pun TQ kepada tuan punya blog
    yang berkongsi perjalanan ini dengan pembaca lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...