Followers

Wednesday, September 26, 2012

~Rombongan Cik Kiah~

Argggghhhh...Badan tak hilang lagi penat...tapi hati tetap bersemangat masuk office hari ni...Ada 2 3 kerja yang perlu dibereskan hari ni...

Hehehehe...semalam dan kelmarin...kami dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang ke Kuala Lumpur dan selangor...Lawatan kerja katanya...Rombongan ni melibatkan semua ketua-ketua Unit, Ketua Daerah, Wakil MBJ dan Penerima APC.. Alhamdulillah..aku juga tersenarai..

Hari selasa..bas yang dijadualkan tiba pada jam 8.00 pagi di PAD Temerloh tiba agak lewat....Tapi tak pe la...perkara seperti itu sudah dijangkakan...So bertolak la kami semua lebih kurang 40 orang peserta...

Loaksi pertama yang dituju kami sudah pastilah perpustakaan paling canggih kat Malaysia sekarang ni Perpustakaan Awam Negeri Selangor...Perghhh...Terbaek...Tengok pada lokasi dan bangunan di pun dah dapat menggambarkan keadaan dalamnye...Korang dah pernah pegi ke blom...Best..Memang best...Tak macam perpustakaan pun...Macam Shopping Mall...Siap ade 6D Theater...Aku sampai nak tercabut anak tekak menjerit kat dalam tu...First Experience masuk wayang 6D...Diorang kat PPAS panggil XD...
Ini gambar bersama Pengarah PPAS...(ambil gambar ni dari FB Yusniza)

Memang bagus la idea yang cube diketengahkan oleh Pengarah PPAS ni...Pendekatan melalui mengubah Hati, Minda dan Sikap..Respect you sister...Brilliant Ideas and Methods...Kalau korang nak tahu..Pengarah PPAS ni merupakan adik kepada Prof Muhaya dan Dato' Hajjah Mahadiah (My Ex-Bos)...:)

Lepas penat di PPAS kami Check in di Hotel Sekitar PJ..Dan Malam tu aktiviti bebas...Besoknya (Rabu) Kami ke Kompleks 3C MPSJ...Tempat ni merupakan One Stop Centre untuk Kanak-Kanak...

Next Destination plak kitorang KePutrajaya...Yayasan Perdana.. Kat sini menempatkan semua hasil-hasil buah pemikiran Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu. Asalnya tempat ini adalah untuk Tun Dr. Mahathir..Tetapi telah di reinvent untuk jadikan untuk semua bekas PM Malaysia.. Tetapi...Pejabat Khas untuk Tun Mahathir ada di tingkat atas bangunan ini..Walaubagaimanapun, Rezeki tidak meyebelahi kami untuk berjumpa Tun semalam kerana Tun Ke Luar negara.. .
Tepat jam 4.30 petang kami keluar dari Putrajaya dan menuju pulang ke Pahang...Segala pengalaman 2 hari ni sangat berharga...Mungkin kalau tak pergi lawatan ni...Aku pun entah bile merasa nak pergi sendiri...Hehehe...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...