Followers

Showing posts with label SBPA. Show all posts
Showing posts with label SBPA. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

~Kaedah Pindahan Gaji SBPA~

Hahahaha....lagi cerite SBPA..kali ni aku nak rumuskan pasal Prinsip Pemindahan Gaji...Info ni baru jer dapat malam tadi melalui program Dilaog Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam...

"Prinsip pemindahan gaji di bawah Opsyen SBPA adalah daripada matagaji akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, dimana perbezaannya tidak kuran dari satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred asal gaji"

~Kaedah Pindahan Gaji~
Bermula 1 januari 2012, pegawai diberikan satu Pergerakkan Gaji Biasa digred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan ke JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranyan tiada mata gajisama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran. 

Contohnya : 
Kalau korang N27 dengan gaji sekarang (SSM) RM1537.30,
pada 1 Januari 2012 korang akan dinaikkan satu matagaji yang lame tu so kena la tambah(+)
dengan RM66.55 so jadi : 1603.85....Lepas tu plak pindahkan gaji lame ni ke SBPA dengan mata gaji yang terhampir contohnya RM 1700.00...Jadinya RM 1700.00 la starting gaji korang tahun depan...
Ada Paham?????
Jadi..Selamat mengira Gaji yer sumer....!!!:)

Monday, December 12, 2011

~Ada Ape Dengan SBPA~


Salam semua kakitangan kerajaan yang sedia berkhidmat untuk negara...Ape citer korang pagi nih??? tak abih lagi ker bincang pasal SBPA ??? hahahaha...mesti la...aku pun same...sejak keluar "PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 - PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTAN" baru-baru ni...semua penjawat awam mesti tak lepas berbicara tentangnye...kite semua kene sign setuju atau tidak untuk memilih skim ni bermula 16 hingga 31 Disember ni...

So  sementara kesempatan yang ade ni..baik la kite kaji sket2 dulu ape inipati sebenar dalam pekeliling baru ni...Ni bukan soal naik gaji jer...banyak lagi hal lain dalam perkhidmatan..As penjawat Awam yang bijak kite jangan la pakai ikut jer orang sing kite pun sign...tp satu habuk bende pun kite tak tahu...esok-esok susah di kemudian hari....Lagipun CUEPACS pun dah bagi nasihat supaya pahamkan dulu ape kandungan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ni....Pekeliling ni ade 211 muke surat...sempat kot seminggu aku bace..Hahahaha....(Muntah....!!!)
Tapi antara yang berubah adalah Pengelaran Gred Jawatan atau Gred Gaji telah ditukar dimana : 

Penggelaran gred jawatan / gaji telah dikemaskini selaras dengan pembentukkan Jadual Gaji Sebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM) dan pemansuhan gred JAwatan /Gaji 1 hingga 10.
Penggelaran Jawatan adalah berdasarkan kepada syarat kelayakkan minimun seperti  :
Ijazah : 1
Diploma : 2
STPM : 3
SPM : 4
PMR : 5 
Pastu die akan dikombinasikan dengan kod gaji atau gred gaji..

Sebagai Cohtoh : kalau dulu dlaam SSM korang N27...tp dalam SBPA ni korang jadi la 3-1 kalau N17 plak...akan jadi 4-1
Korang paham tak....hahahaha...kalau korang tak paham...korang pegi bace la sendiri pekeliling tu...hahahaha...sebab dalam tu memang byk mende yang korang kene tahu...so...take action...:) 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...