Followers

Wednesday, July 18, 2012

ZAKAT

Wah...Memandangkan bulan Ramdhan dah hampir tiba ni..aku terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan Zakat yang perlu kita sebagai umat Islam tahu,,,,

Pengertian Zakat

~ Dari Segi Bahasa : Zakat bererti "BERSIH", "SUCI", "BERKAT", & "BERKEMBANG".

~ Dari Segi Syarak : Mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarak.

Syarat Wajib Zakat

~Islam (tidak diwajibkan ke atas orang bukan islam)
~Merdeka (tidak diwajidkan ke atas hamba)
~Cukup Nisbah (Paras minimum pemilikan sesuatu harta yang menyebabkan seseorang itu wajib mengelurkan zakat) - berdasarkan nilai semasa 85 gram emas
~Cukup Haul (genap setahun hijrah)
~Sempurna Milik (Kesempurnaan dari segi pemilikan "Hak Hiyazah" dan Keupayaan Mengurus "Hak Tasarruf")

Perkara-Perkara Wajib Zakat

~Emas dan Perak
         - Emas Pakai - Melebihi 200 gram (Kadar uruf Negeri Pahang)
         - Emas Simpan - Jika beratnya melebihi 85 gram atau 25 mayam
         - Perak wajib zakat apabila beratnya menyamai atau melebihi 595 gram atau 176
           mayam

~Perniagaan
        - Zakat perniagaan dikenakan ke atas sebarang usaha untuk mencari keuntungan
          yang halal mengikut hukum syarak. Kadarnya ialah 2.5% daripada nilai harta
          setelah ditolak liabiliti semasa dan dibuat pelarasan

~Pendapatan

~Wang Simpanan

~Ternakan

~Tanaman (Padi)

~Penghasilan
       - Hasil Ladang getah
       - Hasil Ladang Sawit
       - Hasil Pertanian (selain Padi)
       - Hasil Ternakan (Selain lembu, Kerbau, kambing, biri-biri seperti ayam, itik, ikan
         dan lain-lain)

~Saham

~Rikaz
      - Kunuz - Harta kekayaan yang pernah dimiliki dan tertanam diperut bumi

      - Ma'adin - Harta kekayaan dalam perut bumi yang wujud secara semula jadi.

Okey...Info ni semua aku ambik dari terbitan Pusat Kutipan Zakat , Majlis Ugama Islam dan adat Resam Melayu Pahang..Kalau korang nak info lebih lanjut bolehlah hubungi diorang...Selamat Berzakat yer semua....:)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...