Followers

Wednesday, June 20, 2012

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Assalamualaikum....Kalau aku tanye apa dia 7 Wasiat Raja-Raja Melayu...Ko boleh jawab???
Hahaha...Aku sure 6/10 orang tak boleh jawab..Sebab aku sendiri pun kurang pasti sehinngga la aku jumpa buku pasal ni kat Perpustakaan .

Untuk pengetahuan korang, Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin ini diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. 
" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"

7 Perkara itu adalah : 

Pertama :
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (Sekarang dikenali sebagai Malaysia) 

Kedua : 
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk susu kamu selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. 

Ketiga : 
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negar dan ancaman dari luar negara 

Keempat: 
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-RAja Melayu memerintah negara ini 

Kelima : 
Kami isytiharkan ISLAM ialah agama Persekutuan 


Keenam :
Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh :
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudahan ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Serawak) 

-Sumber diperolehi dari Risalah dari Jabatan Penerangan Malaysia (Jan 2012)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...