Followers

Tuesday, May 22, 2012

~~ Tips dan Cara -Cara Berjimat~~

Okeyh..aku nak share skit beberapa tips dan cara-cara berjimat...Sebenarnya aku terlintas nak tulis pasal ni memandangkan hari hari gaji kakitangan awam..dan pagi-pagi lagi bile bukak Fesbuk..dah macam-macam produk orang tagged kat aku..kalau tak kuat iman..mahu licin duit gaji...Tips yang aku nak bagi ni adalah berdasarkan pengalaman dan beberapa pemerhatian yang aku dah buat...


Antara tips yang boleh dipraktikan adalah : 

1- Setiap bulan pastikan ada satu senarai PENDAPATAN - TANGGUNGGAN - SIMPANAN (10% DARI GAJI) = BELANJA

2- Buat senarai barang yang hendak dibeli untuk bulan tersebut dan pastikan beli hanya apa yang ada dalam senarai sahaja.

3- Utamakan keperluan dan kemudian baru la kehendak

4- Jangan jadi Hamba Fesyen, pakailah ikut kemampuan dan menurut yang dituntut oleh agama

5- Hindari KAD KREDIT - katakan tidak kepada kad kredit...Tahukah anda ada Interest Kad Kreadit sehingga 13% -hhuiiiisss...memang cekik darah....

6- Beli la barang keperluan rumah sekali gus - maksudnya beli untuk stok sebulan terus jadi anda tidak perlu ke pasar raya  2 - 3 kali sebulan kerana setiap kali ke pasaraya pasti ada "barang" yang tidak ada dalam senarai akan masuk ke troli anda...betul kan??

7- Kalau setakat nak beli satu atau dua barang, singgah je la kat kedai runcit mana-mana atau mini market..Tak perlulah pergi ke pasar raya. Ini kerana Kuantiti barang di Pasar raya lebih bayak jadi kemungkinan anda membeli lebih barang itu ada...

8- Kawal nafsu membeli anda - Jangan termakan tipu helah kempen atau iklan...Belilah apa yang perlu sahaja.

9- Kurangkan "LIKE" kepada butik-butik atau perniagaan online yang kian tumbuh di laman-laman sosial. Ini kerana semakin banyak anda LIKE semakin terdedah anda untuk membeli barang yang mereka jual...!!

10- Besederhanalah...kalau kita sentiasa besederhana..nescaya,,,kita akan dapat berjimat...Tak perlu nak berlumba-lumba dengan kawan agar kita nampak lebih hebat...Tapi kalau kita mampu..apa salahnya...ikutlah kemampuan masing-masing..

Ok dear...harap tips-tips ini semua dapat memantu sedikit sebanyak dalam perancangan kewangan anda semua...da.......;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...