Followers

Friday, March 9, 2012

Makanan Untuk Otak Si Comel

To all mommies kat luar sane yang tengah memikirkan apakah makanan yang bagus untuk otak anak-anak..Hari ni ni aku nak share sket sabab memang bagus info ni...aku pun blh praktikkan untuk Ain....

Berikut adalah antara makanan yang bagus untuk otak si kecil dan manja tu : 

1- Zat Besi Zat Besi Merupakan Kandungan yang begitu optimin untuk fungsi otak. Kekurangan zat besi menyebabkan si kecil lurang perhatian, fokus, dan kurang melakukan aktiviti. Antara Makanan yang mengandungi zat besi adalah daging tanpa lemak.

2- Antioksidan - Antioksidan yang terdapat pada sayur-sayur segar mampu meningkatkan ingatan dan fungsi otak 

3- Ikan Salmon - Ikan Salmon segar merupakan antara makanan yang terdapat memberi kesan yang baik kepada otak. Selain mengandungi asid lemak Omega-3, ikan salmon juga kaya dengan sumber protein yang berkualiti tinggi.

4- Bijirin dan Oat - Dengan memberikan bijirin serta oat pada si kecik bg sarapan, ia dapat memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan mental dan fizikal kepada si manja.

5- Buah-buahan - Buah-buahan seperti beri biru, ceri dan anggur merupakan contoh terbaik dalam kategori buah-buahan yang mengandungi kandungan glycemic index (Kandungan karbohidrat dan gula dalam darah) terendah. Kajian  turut mengatakan bahawa buah-buahan beri ini dapat melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

6- Kekacang - Merupakan sumber terbaik Vitamin E. 

7- Buah Avocado - Is merupakan buah yang dapat memberikan kebaikkan kepada otak. Ia juga dapat menyumbang kepada perjalanan darah 

8- Telur - Hidangan yang paling mudah diperolehi dan disediakan. Ia bagus untuk perkembagan otak kerana ia mempunyai kandungan protien yang berkhasiat.

9- Susu dan Produk Tenusu - Makanan Harian yang perlu diambil oleh si Kecil sebagai sumber penting untuk pertumbuhan sel enzim otak. Susu juga mengalirkan sumber tenaga untuk otak.

Okeyh..So ape lagi...boleh mulakan dari hari ini untuk berikan yang terbaik untuk yang tersayang kita...:)
Aku ambik sumber ni dari Majalah Harmoni Edisi Mac 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...